Follow Us
#
  • Pada 31 Mac lalu team e-BACA & Cool Blog bertemu murid-murid SK Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor. Kehadiran kami di Dataran Glomac sekolah berkenaan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid tahun 5 yang hadir dalam program tersebut.
  • Telatah riang Elly dan Danny pada sesi penggambaran kulit Majalah e-BACA cukup menceriakan suasana Studio B Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam. Namun, siapa sangka bermula dengan minat kedua-dua beradik ini pada siri kartun di televisyen, menjadi inspirasi kepada bapa mereka untuk menerbitkan siri kartun Supertot di kaca televisyen. Terkini filem Animasi Supersquad untuk siaran di panggung wayang. - m/s 12
  • Tahukah adik-adik, tanggal 23 April setiap tahun adalah hari Buku & Hak Cipta Sedunia. World Book Day yang dirancang oleh UNESCO sejak tahun 1995 adalah perayaan buku dan literasi yang diadakan setiap tahun di dunia. Bertepatan dengan matlamatnya untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan kanak-kanak, e-Baca sentiasa berusaha memastikan kandungan e-Baca bukan sahaja menepati selera kanak-kanak, malah golongan remaja dan ibu bapa. E-Baca keluaran April juga padat dengan informasi seperti berikut…
  • Motivasi adalah makanan jiwa dan hati, motivasi serta penggerak manusia dalam apa jua perkara yang hendak mereka capai. Tanpa motivasi yang positif, maka matilah jiwa seseorang manusia sama ada dia seorang pelajar, anak, pekerja, pemimpin atau sesiapa sahaja.